1:19 PM

SEJARAH ILHAM CAWANGAN NEGERI PERAK

Posted by ILHAM

Pertama kali ILHAM ditubuhkan di Negeri Perak adalah sekitar tahun 1997 dengan kursus pertamanya diadakan di Air Kuning dan Lumut. Pimpinan PAS Perak amat memahami bahawa ilmu dan tarbiah merupakan pemangkin utama terhadap kelangsungan dan kejayaan jihad. Maka hasil usaha gigih AF Us. Siddik Nor selaku Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Perak dan jawatankuasanya ketika itu telah berjaya membuka satu lembaran bermakna dan laluan berharga untuk ILHAM terus bertapak di negeri ini.

Kini, ILHAM cawangan Negeri Perak di bawah pimpinan AF Us. Abu Bakar bin Hj. Hussain selaku TPJ merangkap Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Perak kembali dengan tawaran pakej kursus yang lebih mantap dan sesuai dengan tuntutan perjuangan bagi menyediakan barisan pejuang dakwah yang bersedia menghadapi cabaran dan kepayahan perjuangan masa kini.

Melalui program Diploma Kepimpinan Islam ambilan Januari 2009 yang telah bermula pada 25 Januari 2009 yang lalu, serta pelbagai pakej yang akan diperkenalkan; adalah diharapkan agar ianya dapat membantu memperkasakan kemantapan jemaah melalui kelahiran generasi pejuang yang berilmu dan berkemahiran dan seterusnya berjaya mengangkat martabat ummah dan risalah Islam yang suci ini.

ILHAM Negeri Perak menyeru kepada semua pimpinan dan ahli PAS di negeri bertuah ini agar memanfaatkan institusi ini dan segala programnya demi kelangsungan sebuah jihad yang berjaya dan diberkati.



OBJEKTIF

∆ Menyajikan kepada masyarakat PAS suatu program
pengajian Islam sebagai persiapan menghadapi cabaran
perjuangan Islam di Malaysia

∆ Menyediakan alternatif pendidikan Islam secara formal
dalam PAS

∆ Melahirkan kefahaman tentang gerakan Islam dan PAS

∆ Melahirkan peribadi pejuang dan pendakwah yang mantap
dari sudut sahsiah, ilmu, disiplin dan menjadi teladan yang baik kepada masyarakat

∆ Memupuk semangat dan budaya ilmu di kalangan ahli PAS