1) PENDAFTARAN PELAJAR UNTUK KURSUS DIPLOMA KEPIMPINAN ISLAM
( DKI ) AMBILAN JANUARI 2009
Seramai 42 orang pelajar telah menyertai kursus ini dan sebahagian besarnya
melaporkan diri pada 25 Januari 2009.

2) MAJLIS PELANCARAN PERASMIAN ILHAM CAWANGAN NEGERI PERAK
Majlis Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh AF USTAZ IDRIS BIN AHMAD,
PENGARAH ILHAM PAS PUSAT pada 26 SAFAR 1430 H bersamaan 22 FEBRUARI 2009
jam 3.30 petang bertempat di Markas Tarbiyyah PAS Kawasan Gopeng, Taman Indah Jaya,
31350 Ipoh, Perak.

3) KULIAH PENGAJIAN KURSUS DKI
Kuliah pengajian kursus sulung ILHAM tahun ini telah berjalan lancar pada setiap ahad
keempat setiap bulan. Kelas akhir semester pertama telah diadakan pada 26 April yang lalu.

4) BENGKEL PENGURUSAN ILHAM
Bengkel tersebut antaranya bertujuan untuk mengemaskini perjalanan dan pengurusan
ILHAM cawangan Negeri Perak telah diadakan dengan jayanya pada 8 hingga 9 Mei,2009
( Jumaat – Sabtu ) di HomeCity, Taman Taufik, Ipoh. Ianya melibatkan AJK Lajnah
Tarbiyah Negeri Perak, JK Pengurusan ILHAM dan pensyarah-pensyarah kursus DKI.

5) PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA KURSUS DKI AMBILAN JANUARI 2009
Peperiksaan tersebut akan diadakan pada 31 Mei,2009 ( Ahad ) bermula jam 8.30 pagi
hingga 7.00 malam. Maklumat berkenaannya akan dimaklumkan kepada pelajar-pelajar dan
kawasan-kawasan.

6) YURAN SEMESTER PERTAMA
Pihak ILHAM amat mengharapkan agar pelajar-pelajar yang belum menyempurnakan
pembayaran yuran bagi semester pertama, agar melunaskan sebelum peperiksaan atau pada
hari pendaftaran peperiksaan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi pendaftar
( Us. Khairil Azhar ) di talian 019-4168747.

7) KURSUS DIPLOMA KEPIMPINAN ISLAM (DKI) AMBILAN JULAI 2009

Kursus tersebut akan bermula pada bulan Julai 2009 dan terbuka kepada semua
kepimpinan PAS, bakal kepimpinan dan ahli-ahli PAS seluruh negeri Perak. Semua kawasan
diharapkan agar memberikan komitmen dengan menghantar peserta bagi melahirkan
kepimpinan PAS yang berilmu dan berketerampilan pada masa depan.