3:29 AM

Ruangan Iklan Berbayar

Posted by ILHAM

Pakej Iklan

Iklankan perniagaan anda di sini?

Sewa ruangan iklan di laman web ini dengan harga berpatutan.



>

Pakej Iklan

Pakej Pengiklanan di laman web Ilham Perak

HARGA PENGENALAN! JAUH LEBIH MURAH!


Pakej A - Upper Banner

> Lokasi di bahagian atas Muka Utama laman web. Lebih mudah dilihat.
> Hanya 1 iklan sahaja untuk 1 masa jadi rebutlah peluang anda.
> Ini adalah ruangan yang biasanya menjadi rebutan.
> Banner hendaklah ditetapkan pada saiz 450×105 pixels.
> Format dibenarkan adalah JPG, PNG, GIF & Animated GIF, dan SWF.
> Harga: RM350 RM100 (bulanan) sahaja!

Pakej B - Ruangan Iklan

> Lokasi di ruangan khas Iklan di Muka Utama laman web.
> Terhad kepada 3 iklan sahaja untuk 1 muka jadi rebutlah peluang anda.
> Ini adalah ruangan yang biasanya menjadi rebutan.
> Tiada saiz ditetapkan. Anda bebas meletakkan apa sahaja.
> Gambar terhad kepada 1 gambar sahaja. Lebar gambar maksimum 450 pixels.
> Anda dibenarkan meletakkan description ringkas.
> Harga: RM350 RM100 (bulanan) sahaja!

Pakej C - Side Navigation Banner

> Lokasi di ruangan Iklaneka di Navigasi Kanan.
> Terhad kepada 5 iklan sahaja jadi rebutlah peluang anda.
> Banner hendaklah ditetapkan pada saiz 210×55 pixels.
> Format dibenarkan adalah JPG, PNG, dan GIF/Animated GIF.
> Harga: RM200 RM50 (bulanan) sahaja!

Pakej D - Ruangan Sambungan

> Lokasi di ruangan Sambungan di Navigasi Kanan laman web.
> Tiada pengehadan iklan.
> Hanya tulisan sahaja dibenarkan.
> Kebiasaanya Nama Syarikat atau nama laman web anda akan diletakkan di sini.
> Harga: RM60 RM20 (bulanan) sahaja!
> Pertukaran “links” digalakkan.

Jika berminat, sila hubungi:
Ilham Perak Art
Tel: 012-5498926
E-Mel: ilham.perak@gmail.com



Untuk pertanyaan, sila hubungi webmaster:

ilham.perak@gmail.com

2:15 AM

Selamat Datang

Posted by ILHAM




























SELAMAT DATANG

1) PENDAFTARAN PELAJAR UNTUK KURSUS DIPLOMA KEPIMPINAN ISLAM
( DKI ) AMBILAN JANUARI 2009
Seramai 42 orang pelajar telah menyertai kursus ini dan sebahagian besarnya
melaporkan diri pada 25 Januari 2009.

2) MAJLIS PELANCARAN PERASMIAN ILHAM CAWANGAN NEGERI PERAK
Majlis Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh AF USTAZ IDRIS BIN AHMAD,
PENGARAH ILHAM PAS PUSAT pada 26 SAFAR 1430 H bersamaan 22 FEBRUARI 2009
jam 3.30 petang bertempat di Markas Tarbiyyah PAS Kawasan Gopeng, Taman Indah Jaya,
31350 Ipoh, Perak.

3) KULIAH PENGAJIAN KURSUS DKI
Kuliah pengajian kursus sulung ILHAM tahun ini telah berjalan lancar pada setiap ahad
keempat setiap bulan. Kelas akhir semester pertama telah diadakan pada 26 April yang lalu.

4) BENGKEL PENGURUSAN ILHAM
Bengkel tersebut antaranya bertujuan untuk mengemaskini perjalanan dan pengurusan
ILHAM cawangan Negeri Perak telah diadakan dengan jayanya pada 8 hingga 9 Mei,2009
( Jumaat – Sabtu ) di HomeCity, Taman Taufik, Ipoh. Ianya melibatkan AJK Lajnah
Tarbiyah Negeri Perak, JK Pengurusan ILHAM dan pensyarah-pensyarah kursus DKI.

5) PEPERIKSAAN SEMESTER PERTAMA KURSUS DKI AMBILAN JANUARI 2009
Peperiksaan tersebut akan diadakan pada 31 Mei,2009 ( Ahad ) bermula jam 8.30 pagi
hingga 7.00 malam. Maklumat berkenaannya akan dimaklumkan kepada pelajar-pelajar dan
kawasan-kawasan.

6) YURAN SEMESTER PERTAMA
Pihak ILHAM amat mengharapkan agar pelajar-pelajar yang belum menyempurnakan
pembayaran yuran bagi semester pertama, agar melunaskan sebelum peperiksaan atau pada
hari pendaftaran peperiksaan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi pendaftar
( Us. Khairil Azhar ) di talian 019-4168747.

7) KURSUS DIPLOMA KEPIMPINAN ISLAM (DKI) AMBILAN JULAI 2009

Kursus tersebut akan bermula pada bulan Julai 2009 dan terbuka kepada semua
kepimpinan PAS, bakal kepimpinan dan ahli-ahli PAS seluruh negeri Perak. Semua kawasan
diharapkan agar memberikan komitmen dengan menghantar peserta bagi melahirkan
kepimpinan PAS yang berilmu dan berketerampilan pada masa depan.

Dijalankan selama tiga semester dengan empat mata pelajaran bagi setiap semester.

Pelaksanaan Kuliah :

Satu semester akan berjalan selama empat kali kuliah dengan setiap bulan sekali pertemuan pada Ahad minggu keempat.


Subjek yang ditawarkan :

Semester pertama ialah Ulum al-Quran, Aqidah Islamiah, Politik Islam dan Sejarah PAS.

Semester kedua, Ulum al-Hadis, Pengantar Feqh Islami, Ekonomi Islam dan Sejarah PAS.

Semester ketiga Feqh Jihad, Feqh Da'wah, Pengurusan Kepimpinan dan Sejarah PAS.


Tenaga pengajar :

Terdiri daripada kalangan ilmuan PAS yang terlibat dalam organisasi parti.


Yuran Pengajian :

RM 300.00 bagi satu semester ( Beg, bahan kuliah, makan-minum )


Tempat Pengajian :

Ibu pejabat ILHAM ( C ) Negeri Perak
Markas Tarbiyyah PAS Kawasan Gopeng
23A, Persiaran Sepakat 3, Taman Indah Jaya, 31350 Ipoh, Perak

Tel :

019-2627637 ( Pengarah / AF Us. Ibrahim bin Mohd Zakaria )
019-5710964 ( Timbalan Pengarah / AF Tn. Hj. Mohamad Azlan bin Jamaludin
019-4168747 ( Pendaftar / AF Us. Khairil Azhar bin Samsudin )

1:23 AM
Posted by ILHAM

INSTITUT LATIHAN KEPIMPINAN DAN PERKADERAN DAKWAH ISLAMIYAH (ILHAM) CAWANGAN NEGERI PERAK
______________________________________

JAWATANKUASA PENGURUSAN 2009
______________________________________


Penaung : AF Us. Hj. Ahmad bin Awang ( PJ PAS Perak )
Pengerusi : AF Us. Abu Bakar bin Hj. Hussain ( TPJ PAS Perak )
Pengarah : AF Us. Ibrahim bin Mohd Zakaria
Tim. Pengarah : Tn. Hj. Mohamad Azlan bin Jamaludin
Setiausaha : Us. Khairil Azhar bin Samsudin
( Pendaftar )
Bendahari : Tn. Hj. Abdul Haiyi bin Md. Tahir
Bah. HEP : Us. Muhammad Ali Helmy bin Mohd Yaakob
( Pen. Pendafatar )
Bah. Peperiksaan : En. Kamalullail bin Sha’ari
Bah. Persiapan : En. Risham Ismara bin Ismail
Bah. Percetakan : Tn. Hj. Mohamad Azlan bin Jamaludin
Bah. Makanan : Us. Muhammad Fisol bin Anson
Tugas-Tugas Khas:En. Omar Nasarfudin bin Din
Us. Zulkifli bin Hj. Mohd Tafsiron

1:19 PM

SEJARAH ILHAM CAWANGAN NEGERI PERAK

Posted by ILHAM

Pertama kali ILHAM ditubuhkan di Negeri Perak adalah sekitar tahun 1997 dengan kursus pertamanya diadakan di Air Kuning dan Lumut. Pimpinan PAS Perak amat memahami bahawa ilmu dan tarbiah merupakan pemangkin utama terhadap kelangsungan dan kejayaan jihad. Maka hasil usaha gigih AF Us. Siddik Nor selaku Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Perak dan jawatankuasanya ketika itu telah berjaya membuka satu lembaran bermakna dan laluan berharga untuk ILHAM terus bertapak di negeri ini.

Kini, ILHAM cawangan Negeri Perak di bawah pimpinan AF Us. Abu Bakar bin Hj. Hussain selaku TPJ merangkap Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Perak kembali dengan tawaran pakej kursus yang lebih mantap dan sesuai dengan tuntutan perjuangan bagi menyediakan barisan pejuang dakwah yang bersedia menghadapi cabaran dan kepayahan perjuangan masa kini.

Melalui program Diploma Kepimpinan Islam ambilan Januari 2009 yang telah bermula pada 25 Januari 2009 yang lalu, serta pelbagai pakej yang akan diperkenalkan; adalah diharapkan agar ianya dapat membantu memperkasakan kemantapan jemaah melalui kelahiran generasi pejuang yang berilmu dan berkemahiran dan seterusnya berjaya mengangkat martabat ummah dan risalah Islam yang suci ini.

ILHAM Negeri Perak menyeru kepada semua pimpinan dan ahli PAS di negeri bertuah ini agar memanfaatkan institusi ini dan segala programnya demi kelangsungan sebuah jihad yang berjaya dan diberkati.



OBJEKTIF

∆ Menyajikan kepada masyarakat PAS suatu program
pengajian Islam sebagai persiapan menghadapi cabaran
perjuangan Islam di Malaysia

∆ Menyediakan alternatif pendidikan Islam secara formal
dalam PAS

∆ Melahirkan kefahaman tentang gerakan Islam dan PAS

∆ Melahirkan peribadi pejuang dan pendakwah yang mantap
dari sudut sahsiah, ilmu, disiplin dan menjadi teladan yang baik kepada masyarakat

∆ Memupuk semangat dan budaya ilmu di kalangan ahli PAS